KUALA LUMPUR, Jumaat - Memohon rakyat dan pemimpin bersabar, berkorban, munasabah serta bijaksana menangani kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentang Belanjawan 1998 yang disifatkan sebagai 'ubat pahit' tetapi 'mujarab'.
Membayangkan belanjawan kali ini mungkin tidak disenangi kerana tiada menyediakan habuan besar, Timbalan Perdana Menteri penuh yakin dengan asas teguh ekonomi, muafakat rakyat dan prihatin kerajaan, ekonomi
Memulakan ucapan belanjawan kali ketujuhnya sebagai Menteri Kewangan dengan mengimbas semula kisah Nabi Yusuf yang pernah beliau ingatkan empat tahun lalu, Anwar mengajak rakyat terus memiliki kewaspadaan dan menjadikan iktibar kisah itu untuk menghadapi cabaran terbaru serta tidak terduga.
Beliau meminta rakyat jangan menggelabah dan mematuhi nasihat Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dengan semua pihak lebih berdisiplin dan cekal menghadapi masalah ekonomi berikutan nilai mata wang ringgit dan pasaran modal yang meredum.
Berbanding enam belanjawan lalu yang banyak memberi habuan kepada rakyat, Belanjawan 1998 dilihat sebagai 'belanjawan melindungi rakyat' supaya tidak membazir dan berbelanja tidak menentu sehingga terjerumus dan dicengkam masalah ekonomi.
Dengan menerima hakikat bahawa ekonomi
"Anggaplah yang pahit ini sebagai ubat. Percayalah, kita memiliki daya dan kekuatan untuk berjaya. Kita harus bersabar menempuh ujian ini," katanya dalam ucapan belanjawannya di Dewan Rakyat, di sini.
Ucapan lebih sejam yang disulami petikan Surah Yusuf, kata-kata hikmat filasuf Kung Fu Tze dan penyair agung Tamil, Tiruvalluvar itu, disiarkan secara langsung dari Parlimen menerusi radio dan televisyen serta Internet.
Belanjawan yang berjumlah RM64.124 bilion itu memperuntukkan RM45.633 bilion bagi pengurusan dan RM18.491 bilion untuk pembangunan, naik 1.9 peratus daripada jumlah 1997 iaitu RM 59.982 bilion. Bagi 1997, RM42.713 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM17.269 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Jumlah itu kurang 1.2 peratus berbanding dengan peruntukan 1996.
Anwar berkata, bagi 1998 kerajaan Persekutuan dianggarkan menerima hasil RM68.058 bilion iaitu lebihan keseluruhan sebanyak RM3.934 bilion.
Beliau bagaimanapun menyifatkan defisit dalam akaun semasa imbangan pembayaran tahun ini yang berjumlah lebih RM13 bilion atau
Bagi memperkukuhkan asas ekonomi makro, Anwar mengumumkan pelaksanaan beberapa projek raksasa setakat ini bernilai RM65.6 bilion, ditangguhkan.
Untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, khususnya meningkatkan kegiatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), beliau mengumumkan penubuhan dana baru bernilai RM1 bilion.
Seperti tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri menunjukkan kemurahan hati kerajaan kepada semua kakitangan - kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan dan kumpulan setaraf dengannya bagi anggota polis dan tentera - dengan mengumumkan bayaran bonus sebulan gaji dengan minimum RM700.
Bayaran ansuran pertama RM500 dibuat Disember ini manakala bakinya April 1998. Bagaimanapun, mulai tahun ini kerajaan akan melaksanakan pembekuan pengisian 2,700 jawatan pembantu tadbir.
Sambil menjangka pertumbuhan ekonomi tahun depan adalah sederhana tanpa melebihi tujuh peratus, Timbalan Perdana Menteri menggariskan empat strategi belanjawan 1998 iaitu:
* memperteguhkan asas ekonomi dan menstabilkan pasaran kewangan;
* mengekalkan pertumbuhan mampan;
* meneruskan proses deregulasi dan leberliasasi ekononomi, dan
* meneruskan agenda sosial bagi pembangunan yang menyeluruh.
"Kita akan dapat mencapai pertumbuhan yang dijangkakan itu sekiranya berjaya meningkatkan produktiviti dan daya saing," katanya.
Bagi memperteguhkan asas ekonomi, Anwar mencadangkan langkah yang diambil termasuk mengukuhkan imbangan pembayaran, meningkatkan daya saing eksport, mengurangkan import, merapatkan jurang tabungan-pelaburan dengan menambah meningkatkan simpanan dalam negeri.
Katanya, syarikat yang mengeksport keluaran yang mempunyai nilai tambah 30 peratus diberi pengecualian cukai 10 peratus daripada nilai peningkatan eksport. manakala 15 peratus jika mempunyai nilai tambah 50 peratus.
Antara langkah drastik mengurangkan penggunaan barang import dan menggalakkan jenama tempatan ialah duti import ke atas kereta mewah iaitu van, pacuan empat roda, motosikal besar sama ada dalam bentuk siap dipasang (CBU) atau komponen tercurai (CKD) dinaikkan.
Bagi kereta CBU, ia dinaikkan daripada 140 kepada 300 peratus manakala CKD antara 42 peratus kepada 80 peratus. Motosikal CBU pula antara 80 hingga 120 peratus manakala CKD lima peratus kepada maksimum 30 peratus.
Cukai jualan 10 peratus juga dikenakan kepada motosikal yang kapasiti enjinnya melebihi 200 cc ke atas. Motosikal jenis itu juga dinaikkan cukai jalan di antara RM150 dan RM400 setahun. Bagaimanapun kereta yang kurang daripada 2,000 cc tidak dinaikkan cukai jalan.
Anwar berkata duti import lima hingga 20 peratus juga dikenakan bagi import jentera berat dan kemasukannya mesti mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Bagi mengurangkan rakyat melancong ke luar negara, bayaran dokumen perjalanan antarabangsa dinaikkan daripada RM145 kepada RM300 bagi pasport 32 muka manakala pasport 60 muka daripada RM300 kepada RM600. Bayaran untuk pasport terhad pula dinaikkan kepada RM150 daripada RM60.
Langkah lain untuk membendung aliran wang keluar negara termasuk menarik balik pelepasan cukai tambahan untuk anak yang belajar di institusi pengajian tinggi asing.
Bagi mengawal pertumbuhan kredit yang tinggi, Anwar mengumumkan had pinjaman pembelian kereta penumpang dikurangkan lima peratus kepada 70 peratus manakala tempoh pembayaran hanya dihadkan lima tahun sahaja.
Anwar juga mengumumkan cukai korporat diturunkan dua peratus kepada 28 peratus bagi mengekalkan pertumbuhan mampan sektor swasta.
Sebagai usaha kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi maklumat (IT), belanjawan kali ini menyaksikan pemberian rebat RM400 bagi sebuah keluarga bagi satu pembelian komputer untuk tempoh lima tahun sekali.
Seperti belanjawan lalu, konsep masyarakat penyayang tetap diteruskan. Anwar mengumumkan sumbangan individu untuk menyediakan kemudahan kesihatan sehingga RM20,000 diberi potongan cukai pendapatan.
Bagi merangsang penyertaan swasta dalam program kebudayaan, sumbangan syarikat sehingga RM200,000 untuk menaja persembahan juga diberi potongan cukai.


No comments:
Post a Comment